-->

Teknik Scalping Menggunakan Fractal

Pengenalan Fractal.

- Fractal di perkenalkan oleh Bill William, seorang pakar psikologi dan berpengalaman lebih 20 tahun dalam forex.
- Fractal terbentuk dari 5 bar candle stick di mana candle yang tengah-tengah adalah terpanjangdari kelima-lima candle tersebut.
- Gambar di bawah sebagai contoh bentuk fractal.

- Syarat-syarat untuk terbentuknya fractals adalah mestilah mempunyai dua candle sebelum dan selepas candle tengah-tengah yang terpanjang.
- Sekiranya sesuatu signal fractal muncul namun tidak mencukupi syarat ini bermakna ia adalah invalid atau tidak sah.

Jenis-jenis signal trading berdasarkan fractal


- Buy signal berdasarkan breakout.
- Price melimpasi Point A dalam sesuatu trend naik(uptrend).



Baca Juga: Strategy Cobra Profitable




- Buy signal berdasarkan reversal.
- Munculnya up fractal kemudian diikuti dengan munculnya down fractal.
- Down fractal adalah signal kepada reversal price untuk buy.



- Sell signal berdasarkan breakout.
- Price melimpasi Point A dalam sesuatu trend turun(downtrend).
- Sell signal berdasarkan reversal.
- Munculnya down fractal kemudian diikuti dengan munculnya up fractal.
- Up fractal adalah signal kepada reversal price untuk sell.


Baca Juga: Teknik Fibo Saico







Fractal breakout dan reverse dalam sesuatu trend.
- Dalam sesuatu trend, jika hendak trading pada breakout, kita akan perhatikan sesuatu fractal dan jika berlaku breakout, maka kita akan membuka posisi entry disitu.

- Dalam uptrend, kita hanya akan focus up fractal sebagai entry point. Kita boleh memasang pending order buystop pada hujung ekor candlestick sebagai entry point di mana fractal down adalah sebagai stoploss.

- Jika trend adalah downtrend, maka kita hanya akan memerhatikan down fractal sebagai entry point samada kita tunggu price break ataupun memasang entry pending order pada hujung ekor candlestick tersebut.
Untuk lebih lanjut mengenai fractal breakout dan reverse, sila lihat pada muka-surat berikutnya.

Trading menggunakan fractal
- Berikut saya bagi contoh bagaiman hendak menggunakan kesemua elemen trading berdasarkan fractal breakout dan reverse.
- Terdapat dua cara trading iaitu reversal dan juga breakout. Berikut adalah contoh trade pada reversal.
REVERSAL TRADING.



Baca Juga: Contoh dan Cara Entry Fibo Musang





PAIR : GBPUSD TIMEFRAME DAILY.
Price berada pada permulaan trend up. Terdapat signal sell yang pertama dimana ia telah mencukupi syarat-syarat kepada fractal iaitu 5 bar candlestick dan candle ditengah-tengah adalah terpanjang. Entry sell pada candle ke-6.




Exit sell trade apabila muncul fractal down.
Setup berikutnya adalah valid untuk buy kerana mencukupi syarat untuk terbentuknya fractal yang valid iaitu mempunyai 5 bar candle dan candle ke-3 yang terpanjang. Lihat gambar seterusnya.

Berdasarkan gambar, terdapatnya 5 bar candle dan candle ketiga(tengah-tengah) adalah terpanjang diikuti dua candle berikutnya yang tidak melimpasi candle tersebut. Setelah candle ke-5 closed, entry buy pada candle ke-6.


Exit buy trade apabila munculnya up fractal diikuti dua candle disebelahnya.
Setup berikutnya adalah sell namun oleh kerana terdapatnya signal buy, maka sell trade ditutup(cutloss).

Cutloss sell apabila munculnya signal buy. Cutloss dibuat juga adalah kerana trend adalah naik. Adalah lebih baik mengikuti trend berbanding mengambil posisi lawan arah trend.


Signal buy adalah valid berdasarkan 5 bar candle. Entry buy pada candle ke-6.


Exit pada signa berikutnya. Jika signal berikutnya juga cukup syarat untuk sell, kita akan membuka posisi sell.



Lihat hasilnya pada gambar berikutnya.







BREAKOUT TRADING.
- Cara kedua untuk trading fractal adalah melalui breakout trading.
- Berikut adalah contoh-contoh untuk breakout trading.



PAIR : GBPUSD. TIMEFRAME D1.
Price berada pada permulaan trend down. Fokus kita adalah sell sahaja.
Untuk entry sell, kita akan membuka posisi sell apabila price break setiap down fractal atau pada low candle.
Stoploss adalah pada up fractal dan exit trade pada signal berikutnya. Jika trade sell, maka exit pada signal buy.


Sell pada breakout dan exit pada buy signal. Walaupun terdapatnya buy signal namun adalah sebaiknya focus kepada sell sahaja berdasarkan trend semasa. Nantikan signal sell dan entry pada breakout pada down fractal.






Pastikan setiap trade mempunya stoploss kerana tidak kesemua signal itu adalah tepat 100%. Namun jika kita trading dalam trend, jika price membuat reversal, adalah lebih baik kita biarkan price mengenai SL sahaja berbanding kita menukar plan kepada buy. Ingat, plan the trade and trade the plan!




Lihat price hanya membuat reversal tapi tidak mengenai Stoploss. Price akhirnya break pada down fractal yang kedua selepas selesai membuat reversal. Inilah kenapa pentingnya kita mengikuti trend dan harusnya focus sahaja trend berbanding mengambil entry melawan arah trend.
Sekiranya anda mahu mengambil entry lawan trend juga, sila pastikan mempunyai stoploss dan menggunakan money management yang sesuai.

















0 Response to "Teknik Scalping Menggunakan Fractal"

Post a Comment